Home Berita PAS Kedah

Kejadian Kepala Air bakal dibukukan

7
SHARE

Oleh NORJULIANA YAACOB

YAN, 9 Sept: Kejadian banjir kepala air Gunung Jerai yang berlaku pada 18 Ogos lalu bakal dibukukan.

Wakil Persatuan Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (Asasi) Zaidin Abadi berkata, kejadian kepala air ini perlu dibukukan bagi menjadi rujukan kepada generasi akan datang.

“Hari ini kita bertemu dan berbincang bersama Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit berkaitan hasrat untuk menghasilkan buku ini.

“Beliau bersetuju dan sangat menyokong. Insya-Allah kerja-kerja pengumpulan bahan bakal dimulakan pada bulan hadapan,” katanya.

Tambah Zaidi, buku berkenaan akan menjadi panduan sebagai bahan sejarah suatu hari nanti.