Home Berita PAS Pusat

Keistimewaan Pendakwah

1712
SHARE


KEISTIMEWAAN PENDAKWAH

Naskhah Dakwah PAS Pusat. Siri 12
19 Zul Qaedah 1440 | 22 Julai 2019

Jangan Meremehkan Tugasan Dakwah dan Orang Yang Berdakwah.

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat
https://m.facebook.com/naskhahdakwah
https://t.me/Naskhahdakwah


1 . Tiada Kerjaya yang Lebih Baik daripada berdakwah.

Firman Allah swt :

‎وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Dan siapa lagi yang terlebih baik perkataannya berbanding orang yang mengajak (manusia) kembali kepada Allah dan beramal dengan amalan yang soleh dan berkata sesungguhnya aku sebahagian dari kalangan orang – orang yang menyerah diri (Islam)

Surah Fussilat . Ayat 33

2 . Ia adalah Tugas Nabi saw.

Firman Allah swt :

‎يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا
‎وَدَاعِيًا إِلَى اللَّهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُّنِيرًا

Wahai Nabi , sesungguhnya kami utuskan engkau sebagai orang yang menjadi saksi, yang memberi khabar gembira dan khabar ancam serta mengajak manusia kembali kepada Allah dengan izinnya dan menjadi pelita yang menerangi (kegelapan)

Surah al Ahzab . Ayat : 45 – 46

3. Fadhilat (kelebihan) Berdakwah.

Sabda Rasulullah saw :

مَنْ سَنَّ فِي اْلإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَيءٌ وَ مَنْ سَنَّ فِي اْلإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَ وِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيءٌ

فأخرجه مسلم من رواية عبد الرحمن بن هلال عن جرير بن عبد الله البجلي

Barangsiapa yang “ menunjuk jalan ” didalam Islam dengan kebaikan maka baginya pahalanya (sendiri) dan pahala orang yang beramal dengan kebaikan itu selepasnya tanpa mengurangkan pahala mereka sedikitpun dan barang siapa yang “menunjuk jalan” didalam Islam dengan kejahatan, ia menanggung dosanya (sendiri) dan dosa orang yang beramal dengan kejahatan itu selepasnya tanpa mengurangkan dosa mereka sedikitpun.

Riwayat Imam Muslim

4. Justeru itu, usah teragak-agak untuk menceburkan diri di lapangan dakwah Islam ini. Lakukannya dengan penuh kepatuhan kepada perintah Allah swt demi menyampaikan risalah agamaNya di bumi tercinta ini.

5. Masyarakat perlukan pendakwah untuk memimpin dan membimbing mereka dalam mendepani arus hedonisme dan kecamuk ideologi yang mengelirukan.

7. Alhamdulillah, Lajnah Dakwah PAS Pusat telah merangka aktiviti dakwah melalui mesyuarat pertamanya bagi sessi ini guna menyambung kerja-kerja dakwah yang telah dilangsungkan oleh daei-daei terdahulu.

8. Antaranya XPDC Dakwah, Street Dakwah, Nadwah Pemerkasaan Duat (NEKAD), Pengkaderan Daei Muda, Ziarah dan Dakwah, Dakwah Interaktif, Dakwah Online dan banyak lagi gerakkerja dakwah semasa yang akan dilangsungkan Insyaallah.

Makmurkan Tanahair Ini Dengan Kerja Dakwah Yang Berterusan.