Home Artikel PAS Pulau Pinang

Muslimat Permatang Pauh beraksi lawan bowling

38 views
SHARE

BUKIT MERTAJAM:Jawatankuasa Muslimat PAS dari tiga Cawangan iaitu Tok Kandu, Taman Haji Mohd Amin dan Kampung Pertama 2 telah menganjurkan Pertandingan Bowling Muslimat.

Pertandingan secara santai dengan kerjasama Jawatankuasa Muslimat Masjid Batu ini telah diadakan di Ole-Ole Super Bowl, Mydin Mall, di sini kelmarin.

Program bersama melibatkan Muslimat dari Parlimen Permatang Pauh ini bertujuan mengeratkan ukhuwah sesama peserta terdiri daripada wanita muda dan warga emas.

Menerusi program ini juga ereka berpeluang berdakwah kepada masyarakat serta mempamerkan bakat masing-masing dalam sukan bowling.

Majlis dimulakan dengan pembahagian kumpulan dan taklimat peraturan pertandingn oleh Pengarah Program Pertandingan Bowling Muslimat, Fatimah Abd Hamid.

Sebanyak 12 kumpulan berentap yang akhirnya dimenangi oleh kumpulan dianggotai oleh Khadijah Abd Hamid, Siti Nadiah Osman, Shahfirah Zulkifli dan Rahmah Shabudin.

Shahfirah turut memenangi anugerah pemain terbaik dengan pungutan mata tertinggi dan hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Muslimat PAS Permatang Pauh, Ustazah Norhapizah Saad.

Beliau juga berharap agar pertandingan bowling ini dapat dilaksanakan ke peringkat Muslimat Kawasan berdasarkan sambutan yang menggalakkan.