Home Artikel PAS Pulau Pinang

Penduduk penuhi ceramah PAS-Umno Tasek Gelugor

1,360 views
SHARE

TASEK GELUGOR: Lajnah Penerangan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor dengan kerjasama JPrD Telok Air Tawar telah menganjurkan ceramah perpaduan ummah di Padang Mat Yad, Permatang Tok Gelam, di sini semalam.

Penganjuran siri penerangan ini bertujuan memperkukuhkan perpaduan sesama Islam seiring tema Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ini iaitu “Demi Islam”.
Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim mengupas pentingnya menjatuhkan Kerajaan PH yang memerintah sekarang di mana menjadi kewajipan semua pihak menerusi demokrasi PRU.
Ceramah yang mendapat sambutan memberangsangkan dan luar jangkaan itu turut dihadiri Adun Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah dan Adun Sungai Dua, Dato’ Muhamad Yusoff Mohd Noor.
Hadir sama Yang DiPertua PAS Tasek Gelugor, Sobri Salleh dan juga Ketua Penerangan Umno Bahagian Padang Terap, Ustaz Suhaimi Mat Said.