Home Berita PAS Selangor

Ketua DMPK Klang ‘ziarah dari jauh’ – PAS Kawasan Klang

6
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

KLANG, 1 Ogos – Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Klang, Ustazah Noraini Binti Hussin pada hari ini ‘ziarah dari jauh’ ke rumah Pengarah Jentera Pilihanraya Kawasan Klang, saudara Izam Awalludin yang kini sedang kuarantin di rumahnya di Rantau Panjang, Klang yang akan berakhir pada 7 Ogos 2021 nanti.

Dalam masa yang sama isteri dan dua orang anaknya juga didapati positif Covid-19 setelah dua kali menjalani ujian saringan. Manakala dua orang anak lagi dan ibu mertuanya didapati negatif dalam ujian saringan dan kini mereka kuarantin di tempat yang berasingan.

Justeru, Ustazah Noraini dan suami hanya menggantungkan beg plastik yang mengandungi beberapa barang keperluan di luar rumah.

Usai ‘ziarah dari jauh’ di Rantau Panjang, Ustazah Noraini terus ke Kampung Hamid Tuah, Pelabuhan Klang bagi tujuan yang sama kerana Timbalan Ketua DMPK Klang, Puan Norhanizah Ahmad Suhaimi dan Setiausaha PAS Kawasan Klang, saudara Aslam Khanani juga sekarang ini dalam kuarantin kerana didapati positif Covid-19.

Menurut Ustazah Noraini, kami mewakili seluruh ahli jawatankuasa PAS Kawasan Klang dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Klang mendoakan agar Tuan Pengarah JPrK, Timbalan DMPK dan Setiausaha kita ini serta keluarga mereka agar cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Di samping itu, berharap agar kita semua jagalah diri kita dan patuhilah SOP agar penularan wabak ini dapat dibendung dan kita semua selamat, InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor