Home Rencana PAS Perak

Kedudukan pemimpin yang adil | Dr Najihatussalehah Ahmad

1068
SHARE

Oleh: Dr Najihatussalehah Ahmad

Setiap manusia di dunia ini tidak akan terlepas daripada perhitungan yang adil di akhirat kelak. Tidak akan ada manusia yang mampu untuk memanipulasi rekod amalannya kerana setiap perbuatan telah dicatat oleh para malaikat yang menjaga catatan amalan.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat, maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun, dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung), dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.” (Surah al-Anbiya’, ayat 47)

Tidak seperti perhitungan dunia yang ada kalanya betul, tidak kurang juga berat sebelah. Ada insan teraniaya disebabkan perhitungan tidak adil baginya. Namun, bagi Allah SWT, setiap amalan akan dihitung dengan tepat dan adil.

Diriwayatkan daripada sebuah hadis, ‘Sesungguhnya para pemimpin yang adil, di sisi Allah, akan berada di atas mimbar yang terbuat dari cahaya. Mereka akan berada di sebelah kanan Dzat Yang Maha Pemurah, dan kedua tangannya juga berada disebelah kanan-Nya. Mereka itulah orang-orang yang berlaku adil terhadap ketentuan hukum, rakyat, dan terhadap kekuasaan yang dilimpahkan kepada mereka.’ (HR Muslim). Subhanallah, begitu hebatnya kurniaan Allah buat pemimpin-pemimpin yang adil dalam mentadbir sesebuah negara.

Besarlah harapan untuk kita mempunyai pemimpin yang adil, telus dan amanah dan tidak culas dalam menggalas amanah. Sama-samalah kita terus berdoa ke hadrat Allah SWT agar kita dikurniaikan pemimpin yang selari dengan kehendak Allah swt.

#pemimpin
#yongjiha
#Dmpnperak
#IslamMemimpinWanitaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan