Home Berita PAS Wilayah

Bantuan PAS Batu sampai pada yang terkesan Covid-19

57
SHARE

Oleh: Ainin Shukri
Tarikh :16 Ogos 2021

BATU: PAS Batu terus memberikan bantuan demi bantuan bagi meringankan rakyat yang terjejas ketika musim pandemik ini.

Serahan kali ini melibatkan 22 orang penerima bantuan barangan keperluan harian melalui serahan setempat dan serahan terus ke rumah penerima.

Lokasi Masjid Al-Hidayah Sentul dipilih sebagai pusat penyerahan bagi 6 orang penerima yang tinggal di Sri Kelantan dan Sri Pangkor, seterusnya 16 orang penerima yang lain dari PPR Taman Wahyu 2.

Satu serahan ke rumah di Zon 2 telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Batu, Shukhiri Kamis dan AJK PAS Batu Zurina Din.

Serahan sumbangan ke sebuah rumah yang terletak di Kampung Bandar Dalam telah dilaksanakan oleh AJK PAS Batu di Zon 6, Rosli Md Yatim dan Sulaiman Aziz.

Orang ramai diseru untuk menghubungi Hotline Bantuan Covid-19 PAS Batu di 01118705115 / https://HotlineTBCPASBatu.wasap.my sekiranya mempunyai maklumat berkaitan individu atau keluarga di sekitar Parlimen Batu yang terkesan akibat pandemik ini agar lebih ramai golongan sasaran dapat dibantu.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan anda melalui ;

1. Nombor akaun PAS Kawasan Batu Bank Islam Berhad : 12113010000551
(Rujukan ; Tabung Bencana Covid)

2. Secara atas talian @ https://amilin.pas.org.my/pasbatu/tabungbantuancovid19
Info lanjut & makluman sumbangan, hubungi

Ahmad Bahar (Bendahari PAS Batu)
http://www.wasap.my/60192865229 / http://www.wasap.my/60193344255

Like | Follow | Share :
https://linktr.ee/paskawasanbatu