Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Kedah Mendahului Meriahkan Program Semarak Kasih Ramadhan

803
SHARE

Kedah Mendahului Meriahkan Program Semarak Kasih Ramadhan

22 Mei 2018, Kedah : Seperti tahun-tahun sebelum ini, setiap kali menjelang Ramadhan, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS di seluruh Malaysia akan mulai sibuk menyusun dan bersiap sedia untuk program tahunan iaitu Program Semarak Kasih Ramadhan. Malah, persediaan sudahpun diatur seawal dua ke tiga bulan sebelum menjelangnya Ramadhan.

Tahun ini, Negeri Kedah mendahului negeri-negeri lain telah pun menjayakan Program Semarak Kasih Ramadhan dengan meriah sekali. Program yang diadakan pada 18 Mei 2018 yang lalu itu mendapat sambutan yang luar biasa. Menurut Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah (LKK DMPNK), ianya mungkin kerana rasa penghargaan orang ramai setelah selesainya Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini.

Program ini semestinya memberi banyak manfaat kepada orang ramai yang hadir. Acara-acara menarik telah disusun dengan rapi bagi meraikan hadirin yang mendambarkan pahala yang berlipat ganda di bulan suci ini. Acara-acara yang telah dijalankan adalah  Majlis khatam Quran, diikuti dengan penyampaian sumbangan berupa wang tunai dan kurma kepada 5 orang amilin PAS setiap kawasan. Di akhir program, tetamu yang hadir dijamu iftar bersama disusuli dengan solat Maghrib berjemaah sebelum bersurai.

Turut hadir memeriahkan program ialah Pengerusi Lajnah Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dewan Muslimat PAS Malaysia, merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah iaitu YB Dato’ Ustazah Ashah Ghazali. Puan Zulinda binti Khamis selaku Ahli Jawatankuasa LKK Dewan Muslimat PAS Malaysia, tidak ketinggalan juga yang berusaha menjayakan program , Pengerusi LKK DMPNK; Puan Norhashimah binti Abd. Rahman serta Ahli Jawatan Kuasanya, barisan pimpinan Ahli Jawatan Kuasa DMPNK, Ketua-Ketua Muslimat kawasan serta seluruh amilin PAS kawasan-kawasan.