Home Kenyataan Media PAS Perlis

Kebenaran aktiviti solat berjemaah dan kuliah agama

232
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PERLIS
KEBENARAN AKTIVITI SOLAT BERJEMAAH DAN KULIAH AGAMA

Selaras dengan SOP terkini berkaitan aktiviti pengimarahan masjid dan surau yang sedang berkuatkuasa di negeri ini, Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis (BPPNPs) bersetuju untuk membenarkan semula pelaksanaan aktiviti solat berjemaah dan kuliah agama semua premis parti.

Bagi aktiviti kuliah agama, hanya kuliah Maghrib sahaja yang diberi kebenaran untuk dilaksanakan buat masa ini.

Kebenaran ini berkuatkuasa serta-merta dan tertakluk kepada pematuhan SOP seperti berikut:
a) pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan.
b) penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2 meter pada setiap masa.
c) semua jemaah hendaklah terus beredar sebaik sahaja selesai melaksanakan solat/kuliah agama.
d) Sekiranya diadakan jamuan, hendaklah dibuat secara edaran sahaja.
e) pengurusan markas berhak membuat teguran dan tidak membenarkan kemasukan jemaah yang tidak mematuhi SOP.

BPPNPs berharap dengan kebenaran yang diberikan ini dapat menyemarakkan kembali aktiviti-aktiviti di semua premis parti di negeri ini.

ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN

MOHD. SHUKRI RAMLI
Pesuruhjaya PAS Perlis
6 ogos 2021 | 27 Zulhijjah 1442H