Home Berita PAS Pusat

Kebajikan Murobitun dan Amilin PAS Tanggungjawab Bersama

1121
SHARE
KUALA LUMPUR,  30 November 2017 : Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Dr. Rosni Adam berkesempatan menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada dua amilin PAS yang berkhidmat sebagai guru PASTI di Kuala Lumpur.
Seorang daripada mereka baru sahaja kehilangan suami pada 21 November lepas. Arwah yang juga seorang amilin PAS, berkhidmat secara langsung dalam sistem pendidikan PASTI dan SRITI. Beliau selama ini menjadi tulang belakang SRITI dan PASTI di Wilayah Persekutuan, berkhidmat bagi memastikan sistem pendidikan tawaran PAS ini menjadi yang terbaik untuk masyarakat di bandar ini.
Manakala seorang lagi yang masih berpantang dalam keadaan suami terlantar sakit akibat Hepatitis B kronik. Derita keduanya berat mata yang memandang, namun yang memikul hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui.
Bahkan ramai lagi ahli PAS yang berkhidmat dan berkorban untuk PAS diuji dengan macam-macam dugaan kerana Allah telah menjanjikan bagi orang yang beriman itu ujian demi ujian untuk membuktikan siapakah yang benar-benar beriman kepadanya.
Justeru pihak Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat sangat mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada orang ramai untuk kita sama-sama membantu meringankan beban sahabat-sahabat sesama jemaah yang diuji.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke;
Akaun Maybank ‘Tabung Murobitun’
5622 0962 8786
Hubungi Hj Azlan 019-388 6533 untuk makluman dan informasi