Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Keadilan Untuk Adik Bella Perlu Sokongan Semua Pihak

122
SHARE

Kenyataan Media
Dewan Muslimat PAS Malaysia

1. Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengikuti dari awal perkembangan kes adik Bella yang dipercayai didera di sebuah rumah perlindungan.

2. DMPM menzahirkan rasa sedih yang mendalam melihat kesan kecederaan pada tubuh adik Bella.

3. Memandangkan kes ini masih berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, maka DMPM menyeru rakyat Malaysia untuk meletakkan kepercayaan kepada institusi kehakiman dan menghormati proses mahkamah.

4. DMPM juga menyarankan agar Jabatan Kebajikan Masyarakat meningkatkan pemantauan ke atas semua rumah-rumah kebajikan sama ada yang berdaftar secara sah mahupun tidak agar kes penderaan yang sangat menyayat hati seperti ini tidak akan berulang.

5. DMPM menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama berdoa agar keadilan dapat ditegakkan seterusnya pihak yang bertanggungjawab melakukan penganiayaan ke atas adik Bella mendapat hukuman yang setimpal.

‘Islam Memimpin Wanita Sejahtera’
‘Islam Menyatukan Ummah’

Dr Najihatussalehah bt Ahmad.
Ketua Penerangan,
Dewan Muslimat PAS Malaysia.
20 April 2022 bersamaan 18 Ramadan 1443 H