Home Berita PAS Perlis

JPrD Chuping turun padang promosi parti

42
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

PADANG BESAR, 21 Apr: Dalam usaha mendekatkan parti dengan pengundi, JPrD Chuping telah mengadakan program turun padang bertemu masyarakat baru-baru ini.

Pada program yang diadakan di Bazar Ramadan Batu Bertangkup, di sini, jentera JPrPD diketuai pengarahnya Ustaz Muhammad Azmir Azizan meluangkan masa beramah mesra dengan para pengunjung dan peniaga di bazar terbabit.

Menurut Muhammad Azmir, selain berpeluang mempromosikan PAS kepada masyarakat, pihaknya turut membantu para peniaga menerusi pembelian produk jualan mereka.

“Juadah yang dibeli daripada mereka (peniaga) kemudiannya diagihkan kepada orang ramai secara percuma.

“Alhamdulillah, walaupun berlangsung dalam masa yang singkat, respon yang diberikan oleh masyarakat terhadap program ini amatlah baik,” katanya ketika ditemui di sini.