Home Kenyataan Media PAS Perlis

Keadaan Semasa Pesuruhjaya PAS Perlis

5537
SHARE

Keadaan Semasa Pesuruhjaya PAS Perlis

Terkini jam 6.40 petang

1. Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga ADUN Sanglang, YB Mohd. Shukri Ramli kini berada dalam keadaan kritikal dan masih diletakkan di bawah pemantauan rapi di wad CCU, Hospital Tengku Fauziah (HTF), Kangar.

2. Berdasarkan keadaan semasa beliau, hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawat beliau atas nasihat doktor manakala mana-mana pihak yang ingin berbuat demikian diminta menangguhkannya sehingga dimaklumkan kelak.

3. PAS Perlis juga akan sentiasa mengemaskini keadaan semasa beliau serta meminta orang ramai supaya tidak membuat, menyebar atau mempercayai sebarang maklumat yang datang bukan daripada sumber rasmi parti.

4. Semua pihak juga diseru agar dapat terus mengadakan solat hajat serta mendoakan kesihatan beliau.

DR. SAIFIZI SAIDON
Ketua Penerangan PAS Perlis

30 September 2019M | 1 Safar 1441H