Home Artikel PAS Sabah

Qiamulail dan Munajat AKIFI Medan Kekuatan Muslimah

447
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
30 September 2019, Ahad

TAWAU : Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau (DMPKT) telah mengadakan program qiamullail bulanan dan Munajat AKIFI bertempat di TASTI Ummu Sulaim, Taman Megah Jaya, di sini, pada 28 September lalu

Program bermula 6.00 petang tersebut telah dihadiri 30 orang ahli yang terdiri daripada Ahli Jawatan Kuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau, guru-guru PASTI, ahli cawangan, pengasuh TASTI, Ameerah serta Briged Muslimat .

Sesi munajat AKIFI telah dipimpin oleh Ketua Lajnah Tarbiyyah DMPKT, Ustazah Hanizah Ibrahim.

Ustazah Hasnizah menyatakan Program Munajat AKIFI tersebut  adalah bagi menyahut seruan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Yang Berhormat Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh agar diadakan program tersebut di setiap kawasan.

“Saya berharap kita dapat melaksanakan program ini secara setiap bulan atau tiga bulan sekali kerana program ini penting untuk menguatkan jiwa-jiwa para muslimat khususnya yang terlibat dalam medan amal Islami ini,” Ujarnya ketika dihubungi selepas program.

Turut hadir Ketua Muslimat DMPK Tawau, Cikgu Madiha Ladale.