Home Berita PAS Kedah

Kaum Tionghua Kuala Nerang terima sumbangan limau sempena Tahun Baru Cina

159
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG, 31 Jan – Menjelang Tahun Baru Cina, buah limau menjadi antara hidangan utama bagi masyarakat Tionghua.

Oleh itu, Yang Dipertua PAS kawasan merangkap Ahli Majlis Daerah Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz tidak melepaskan peluang mengiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, YB Hj Munir@Mohamad Yusoff Zakaria mengedarkan buah limau kepada penduduk Tionghua.

Sebanyak 30 buah kotak limau telah diedarkan kepada penduduk Tionghua oleh YB Munir di sekitar pekan Kuala Nerang pagi kelmarin.

YB Munir berkata tanpa mengira latar belakang bangsa atau pun agama, setiap perayaan yang di sambut Ianya demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

Ydp dan YB turut menyantuni masyarakat daerah Padang Terap yang berada di sekitar laluan kedai-kedai tersebut.

Turun hadir Ketua Muslimat PAS Padang Terap, Puan Sariah Salam, Ahli Jawatankuasa PKWR dan JPrD Kuala Nerang.