Home Berita PAS Selangor

Kasihanilah rakyat Selangor – Ketua DPPK Kuala Langat

84
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "5,589 kilang dikesan beroperasi tanpa kebenaran, tapi bukan haram -Exco Selangor Bernama November 3, 2020 16:48 MYT Ng berkata kerajaan negeri berpandangan kilang tanpa kebenaran wajar diberi peluang. Bernama SHAH ALAM: Sebanyak 5,589 kilang"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh: Zurk Ahmad
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Langat

Artikel | Sebanyak 9353 kes baru dilaporkan. Daripada jumlah itu, Selangor masih lagi kekal berada diatas dengan angka tertinggi iaitu sebanyak 4440 kes. Hampir separuh daripada jumlah keseluruhan kes harian.

Ramai yang marah. Antara lain dikaitkan dengan pengoperasian kilang yang dilihat tidak dikawal dengan baik. Gegak gempita luahan di media sosial menyalahkan kerajaan PN kerana tidak serius.

Mungkin benar, tetapi semua pihak perlu memainkan tanggungjawab masing-masing. Kerajaan negeri juga perlu mainkan peranan.

Masihkah kita ingat pada penghujung tahun lepas, hangat dibincangkan isu pencemaran sungai di Selangor. Puncanya daripada kilang yang dibangunkan secara haram di sepanjang sungai.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han dilaporkan berkata sebanyak 5,589 kilang tanpa kebenaran dikesan beroperasi di seluruh Selangor dengan 869 daripadanya berada di sekitar sungai.

Katanya lagi, ia beroperasi tanpa kebenaran tetapi bukan haram. Yang ini lawak! Kalau tak ada kebenaran, haram la kan?

Bayangkan, kalau setiap kilang mempunyai minima 250 orang pekerja maka jumlah keseluruhan pekerja “tanpa kebenaran” ini adalah sebanyak 1,397,250 orang di Selangor!

Apa yang dirisaukan kes sporadik mungkin boleh datang daripada sesiapa, termasuk pekerja kilang. Apatah lagi jika kilang beroperasi tanpa kebenaran ini.

Dah kalau kilang pun beroperasi secara haram, apakah kalian rasa mereka ini minta dan dapat kebenaran MITI untuk beroperasi?

Apa status kilang ini sekarang? Sudah “halal” ke?

Atau ada tangan ghaib di Selangor yang menutup fail siasatan serta tindakan?

Kasihanilah rakyat Selangor.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor