Home Berita PAS Selangor

Penyerahan sumbangan Takaful SKIMPAS – PASTI Kawasan Kuala Langat

24
SHARE

Penyerahan Sumbangan Takaful SKIMPAS Kepada Waris Almarhumah Mualimah Mazni – “PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kuala Langat | Seluruh anggota PASTI Kawasan Kuala Langat berdukacita atas pemergian Allahyarhamah Mualimah Mazni tempoh hari. Allahyarhamah banyak berjasa kepada PASTI, di PASTI Kuala Langat dan khususnya PASTI An-Najwa.

Antara bukti kecemerlangannya ialah, PASTI An-Najwa pernah menerima pendaftaran seorang pelajar India sewaktu Allahyarhamah bertugas sebagai Guru Kanan di PASTI An-Najwa dahulu.

YB Dr. Ahmad Yunus selaku YDP PAS Kuala Langat bersama Ust Dzul Nawawi, SU DPPK Kuala Langat telah berkesempatan menyerahkan sumbangan takaful SKIMPAS kepada waris Allahyarhamah Mualimah Mazni iaitu Encik Azman bin Mardi yang merupakan suaminya.

Mari sama-sama kita doakan keampunan buat Allahyarhamah. Semoga segala amal bakti sebagai guru PASTI akan terbalas diakhirat kelak. Amin

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor