Merdeka?
Merdeka tidak berwajah
Bila pemimpin makan rasuah
Buat rakyat jadi susah
Pemimpin berebut kuasa
Misi negara tak tentu hala
Semunya jadi huru-hara
Lompat kerusi sana sini
Tak hirau rakyat mati
Asal dapat kepentingan diri
Merdekakah?
Merdeka tiada roh
Bila pemimpin tidak bersungguh
Dalam parlimen asyik bergaduh
Pembangunan rakyat jadi tertangguh
Berebut nak jadi ketua
Ada yang tua ada yang renta
Katanya, nak naik demi negara
Macam dia yang tahu semua
Sedangkan rakyat tahu menilai
Mana musang mana cerpelai
Jangan nanti negara tergadai
Kerana musuh sentiasa mengintai
Merdekakah?
alfaqirah
17 Muharram 1443
26 Ogos 2021