Oleh : Aisyahharis
Memori berlaku ketika dahulu
Berlalu menjadi sayu
Bila dikenang terasa pilu
Terasa bagai ditusuk sembilu
Gembira bersama saat indah
Manis bak gula mesra beramah
Asyik sekali berukhuwah
Kerana Allah tertaut indah
Amarah terasa, diluah bersama
Sesal kemudian tidak berguna
Kesudahan ditanggung bersama
Moga di ampun jauh murka
Kadang terhasut hati cemburu
Menjadi pemangkin terus memburu
Kejayaan bersama terus bersatu
Saling mendukung demi Yang Satu
Tika berpisah rindu mula muncul
Tidak berhubung tidak bergaul
Sepi singgah datang bersiul
Dengan agama dipandu jalan yang betul