Home Rencana PAS Perak

KARYA KREATIF | Beli baca dan beri

22
SHARE

Oleh : Aisyahharis

Pulut ditanak dengan pandan
Masak ketupat si daun palas
Tiap bulan pasti melanggan
Bayaran tak pernah culas

Kayu cengal di buat pintu
Di selang dengan dahan rambutan
Helaian di selak satu persatu
Berita diambil untuk panduan

Pohon beringin dahannya sekah
Tempat bermain anak ungka
Amalkan budaya bersedekah
Kongsi bersama jiran tetangga

Tanam ubi atas banjaran
Tali pengikat jangan ditetas
Walau hanya kertas lembaran
Ilmunya luas tidak terbatas

Pergi ke kebun menebas semalu
Untuk menjaga pohon berangan
Hendak berkempen terasa malu
Hulurkan ia tanda sokongan