Home Kenyataan Media PAS Johor

Ketegasan PM disanjung tinggi

68
SHARE

Kami menyanjung tinggi ketegasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin mempertahankan prinsip untuk tidak tunduk kepada tekanan pihak tertentu yang cuba untuk mengugat kedudukan beliau dan Kerajaan hari ini.

Sidang media oleh Perdana Menteri semalam sudah cukup untuk menyatakan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional masih memiliki sokongan majoriti dan mendapat kepercayaan daripada SPB Yang Di-Pertuan Agong buat masa ini.

Keutuhan Kerajaan Perikatan Nasional hanya akan ditentukan pada usul undi percaya yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan September ini.

Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran Kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Wakil rakyat Kerajaan khususnya daripada PAS akan sentiasa fokus menjaga kebajikan rakyat tanpa menghiraukan kemelut politik yang sengaja dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh.

PAS Johor menyeru kepada semua agar sepakat menumpukan perhatian kepada permasalahan utama kita iaitu mengatasi pandemik Covid-19.

Semoga ‘frontliners’ kita terus tabah mengawal penularan wabak Covid-19 tanpa terganggu dengan kemelut politik yang sengaja dicetuskan.

 

RUSMAN KEMIN

Ketua Penerangan

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)

#DaulatTuanku

#MalaysiaSejahtera

#MalaysiaPrihatin

#MenangBersama