Home Berita PAS Wilayah

Karnival Titiwangsa Sejahtera 2022, meriah

96
SHARE

Oleh DHIYA NADI

DESA PANDAN, 9 Oktober – Kehadiran lebih 300 orang yang berkunjung di Karnival Titiwangsa Sejahtera anjuran PAS Kawasan Titiwangsa di Padang Blok E bermula dari pukul 8 pagi, semalam.

Pelbagai aktiviti dan pameran telah dijalankan. Antaranya sukaneka, pertandingan mewarna, pertandingan memasak, pertandingan gubahan, pameran Anti Dadah, pemeriksaan kesihatan, jualan murah kering dan basah serta cabutan bertuah.

Seawal pagi, para pengunjung berkumpul dan berselawat bersama-sama Ustaz Najhan Abdul Halim, dalam sesi Kuliah Dhuha sebagai tanda cintai Nabi Muhammad SAW.

Selain itu, Sembang Santai bersama Ameerah turut dijalankan sebagai suara anak muda dan wadah untuk memberikan penerangan berkaitan pengundi muda. Panel jemputan ialah Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP), Dr. Nur Hasiba binti Kamaruddin dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), Mohd Imran bin Md Ishak.

Menariknya dalam karnival ini, reruai Bengkel Memanah antara reruai yang menjadi tarikan utama para pengunjung. Pengunjung juga menanti karnival sehingga selesai untuk mengetahui pemenang utama cabutan bertuah.

Tetamu jemputan, Setiausaha Politik Yang Berhormat Rina Harun mewakili YB, Encik Adib bin Shaharuddin, bersama-sama Yang DiPertua PAS Kawasan Titiwangsa (YDP), Ustaz Shuhaimi bin Abdul Aziz, Timbalan YDP, Encik Hedzer bin Ibrahim, Naib YDP, Ustaz Abdul Hadi bin Abdul Halim, turut mengunjungi khemah-khemah menyantuni dan beramah mesra dengan AJK pelaksana karnival, pihak pengurusan Blok E, penduduk setempat dan para peniaga serta para pengunjung luar Desa Pandan.

Secara keseluruhannya, para penduduk setempat memberikan kerjasama yang baik dan menyertai semua aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival. PAS Kawasan Titiwangsa juga tidak menyangkakan sokongan yang luar biasa dan berterima kasih kepada AJK pelaksana dan penduduk setempat kerana menjayakan Karnival Titiwangsa Sejahtera 2022.

 

#PenyatuanUmmah

#MalaysiaSejahtera

#1lawan1

#PASTitiwangsa

#karnivaltitiwangsasejahtera