Home Berita PAS Pahang

As-Sabiqun beri sumbangan menjana ekonomi jemaah

121
SHARE

Oleh HABSAH ALI

KUANTAN, 9 Okt : Kelab As-Sabiqun PAS Malaysia akan terus memberi sumbangan walaupun di usia warga emas tetapi berjiwa kental demi perjuangan Islam.

Walaupun kurang mampu dari segi tenaga untuk bekerja, namun golongan vateran ini mampu merancang dan memikirkan bagaimana cara untuk terus menyumbang dan berkhidmat kepada perjuangan secara istiqamah.

Ketua Sidang As-Sabiqun PAS Negeri Pahang Ustaz Ismail Mohamad menyatakan, ahli As-Sabiqun telah diberi peluang untuk membantu sebuah syarikat dalam urusan harta pusaka yang tidak dapat diselesaikan melalui aktiviti Lajnah Ekonomi As-Sabiqun.

Syarikat itu telah menawarkan sebanyak 40 peratus dari keuntungan yang diperolehi bagi setiap kes urusan harta pusaka yang dapat diselesaikan.

Jelasnya lagi, dari 40 peratus tersebut, sebanyak 20 peratus akan diberi kepada anak-anak As-Sabiqun yang berkhidmat, manakala 20 peratus lagi akan disumbangkan kepada Kelab As-Sabiqun Pusat dan Kelab As-Sabiqun Negeri sebanyak 10 peratus setiap kelab.

Selain dapat menjana ekonomi untuk jemaah, sekaligus dapat memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda khasnya dari keluarga As-Sabiqun sendiri.

Perancangan gerak kerja ini akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat setelah setiap kawasan mendapat taklimat mengenainya.

Perancangan menjana ekonomi ini telah disampaikan oleh Ustaz Ismail semasa Perhimpunan As-Sabiqat di Kuantan baru-baru ini.