Home Berita PAS Terengganu

49 Permata Maulidur Rasul Lahir di Terengganu

86
SHARE

KUALA TERENGGANU – Seramai 49 bayi lahir di hospital-hospital negeri Terengganu hari ini, bersamaan tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW, 12 Rabiul Awal.

Daripada jumlah tersebut, seramai 37 Permata Maulidur Rasul dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Sebagaimana amalan kerajaan negeri, bagi meraikan kelahiran ‘Permata Maulidur Rasul’ itu, Menteri Besar, Dato’Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sendiri menyampaikan sumbangan berupa hamper dan bantuan tunai kepada ibu dan bayi di hospital berkenaan, hari ini.

“Selain menarik minat masyarakat tentang tarikh kelahiran yang sama seperti tarikh kelahiran baginda Nabi SAW, dengan harapan ini juga merupakan doa daripada semua pihak termasuk kerajaan negeri agar mereka menjadi penyumbang kepada generasi akan datang.

“Sama ada bayi itu lelaki atau perempuan, semoga mereka menjadi individu yang memberi sumbangan kebaikan kepada masyarakat kita,” katanya dalam kunjungannya bersama isteri, Datin Tuan Faizah Tuan Ab Rahman.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja serta ahli parlimen dan dewan undangan negeri (ADUN) Kuala Terengganu.