Home Artikel PAS Melaka

Karnival Kita Satu Hati

62 views
SHARE

Durian Tunggal : Pada 26 Ogos 2017 Dewan Muslimat PAS Melaka mengadakan program Karnival Kita Satu Hati yang di anjurkan bersama Majlis Tindakan DUN Durian Tunggal dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah sebagai satu usaha menyantuni masyarakat Durian Tunggal dan memperkenalkan PAS kepda masyarakat setempat.

Antara aktiviti yang dilaksanakan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma, free market, pertandingan sukaneka, gunting rambut percuma, demo masakan, program motivasi murid tahun 5 dan 6 dan pengurusan jenazah.

Karnival satu hati ini dirasmikan oleh Hajah Kintan Man, Ketua Muslimat PAS Melaka.