Home Berita PAS Perak

Karnival Kekal Hijau Perak: Gubahan makanan serlah kreativiti pengunjung

220
SHARE

Oleh: Hafiz Green Mart

LUMUT, 14 OGOS : Pulut kuning begitu sinonim dengan majlis perkahwinan dan pertunangan kerana ia sering dijadikan hantaran.

Pulut kuning dihias serba indah dengan hiasan gubahan sayuran yang segar dan diselitkan dengan telor puyuh serta lapisan serunding daging atau ikan bersama pulut yang lemak manis rasanya.

Sempena Karnival Kekal Hijau Perak Sejahtera yang berlangsung pagi tadi di ruang legar Marina Island Hall, Lumut telah berlangsung pertandingan gubahan pulut kuning berlauk.

Seramai 12 orang penyertaan untuk pertandingan ini yang mana mereka perlu menyediakan pulut kuning seberat 1 kilogram, bahan-bahan hiasan dan lauk-lauk lain.

Masing-masing telah menonjolkan kepakaran yang tersendiri dalam menggubah pulut kuning agar tampil menarik serta menyelerakan.

Markah diadili berdasarkan rupa, tekstur dan rasa juga diambil kira sebagai pemenang.

Selain itu, persembahan makanan turut mengambil kira dimana makanan perlu bersih, menarik dan kreatif disamping hiasan yang digunakan perlu bersesuaian dengan makanan.

Penjurian dilakukan oleh barisan juri profesional iaitu  Norliza Mohd Fadzil, Mantan Guru Besar At-Taalim, Latifah Abdul Hamid, Muslimat PAS Kawasan Lumut dan Puan Che Rashidah Mohamed, Guru Besar SRAR Nur Kasih.

Tempat pertama dengan hasil kreativiti yang ditonjolkan dan membawa pulang hadiah istimewa telah dimenangi oleh Aniza Odin.

Manakala tempat kedua jatuh kepada Rosni binti Ismail dan Norhaznida Othman mendapat tempat ketiga.

Ternyata semua peserta mempunyai kreativiti yang tersendiri dan setiap penyertaan telah diberikan hadiah saguhati.

Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Lumut, Hj. Rosli  Abd Rahman.