Home Artikel PAS Johor

Karnival Himpunan Anak Muda & Muslimat Muar (HIMMAH 2017)

974
SHARE

MUAR – Pada 25 November 2017, telah berlangsung program Himpunan Anak Muda Dan Muslimat Muar ( HIMMAH 2017). Program anjuran DPPK Muar dan DMPK Muar ini bermula jam 7.30 pagi hingga 6.30 petang.

Program yang dirasmikan oleh YDP Kawasan Muar Tuan Haji Abd Aziz Talib ini diadakan di Pusat Komuniti Pas Muar, Parit Tarom. Pelbagai acara telah diadakan untuk memeriahkan program seperti acara Jom Jogathon, Orang Muo Got Talent, Tanyalah Ustazah, pertandingan boling padang, memanah, masak bubur lambuk, gubahan bunga, menganyam ketupat, motor lambat, sepak penalti dan cabutan nombor bertuah.

Selain itu, terdapat gerai-gerai  yang menjual pelbagai jualan seperti buah-buahan, makanan sejuk beku, roti dan kek, pakaian, tudung serta pelbagai jenis makanan dan minuman. Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma juga disediakan, begitu juga baucer minyak petrol dan tukar minyak hitam percuma dengan kerjasama ARC.

Sesi untuk memperkenalkan bakal-bakal calon PRU 14 turut diselitkan.Satu slot sesi temuramah dan edaran pamplet maklumat data peribadi calon adalah sebagai satu usaha memperkenalkan calon-calon kepada pengundi. Sambutan terhadap program HIMMAH 2017 amat menggalakkan terutama target sasaran kepada penglibatan anak-anak muda amat memberangsangkan.