Home Berita PAS Selangor

Program AD4C : Sumbangan kit bantuan makanan kepada 6 keluarga – JAMK Ampang

15
SHARE

May be an image of 1 person

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) menyatakan rasa syukur kepada ilahi masih diberi peluang meneruskan aktiviti pada kali ini bagi menyampaikan kit bantuan makanan asas kepada 6 buah keluarga lagi di sekitar kawasan Ampang. Menjadikan jumlah penerima setakat di hujung bulan Jun ini sebanyak 75 buah keluarga.

Pada masa yang sama Jabatan Amal Ampang menyatakan mereka amat mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai mereka dalam melakukan kerja-kerja kebajikan kemasyarakatan di sekitar kawasan Ampang boleh hantar mesej di inbox facebook ini.

Penerima pertama si ayah yang berkerja sebagai security guard di Puchong dengan gaji RM1200.00 sebulan dan si ibu suri rumah senuh masa menyewa di Flat Lembah Maju (RM400.00 sebulan) tinggal bersama 3 orang anak dan yang paling kecil berumur 2 bulan. Menerima 1 kit bantuan makanan. Insyallah bantuan susu dan pampers akan menyusul kemudian.

Penerima kedua sepasang suami isteri yang berkerja gaji hari telah terjejas teruk akibat pendamik covid ini. Bayaran sewa rumah yang mereka tinggal di atas rumah kedai di Pandan Indah ini juga telah tertunggak beberapa bulan. Menerima 1 kit bantuan makanan.

Penerima ketiga seorang pemuda berbangsa cina yang tinggal di Taman Cahaya, Ampang. Telah memohon bantuan kerana telah kehilangan kerja dan menyara nenek dan seorang makcik yang tidak lagi mampu berkerja. Menerima 1 kit bantuan makanan.

Penerima keempat sebuah keluarga yang menyewa di Flat Taman Bakti, Ampang. Si kakak dan abang masih ketiadaan kerja akibat dari pendamik ini. Si ibu yang telah tua berkerja sebagai cleaner dan si adik perempuan juga pemohon berkerja sebagai cashier di sebuah stesen minyak di Ampang. Menerima 1 kit bantuan makanan.

Penerima kelima si ayah yang telah terjejas pendapatan, mempuyai 5 orang anak yang masih di bangku sekolah dan si isteri suri rumah sepenuh masa. Mereka yang menyewa di Pangsapuri Intan, Cheras menerima 1 kit bantuan makanan.

Penerima keenam sebuah keluarga yang menyewa di atas rumah kedai di Taman Kosas, Ampang bersama 5 orang anak yang masih belajar telah memohon bantuan kerana pendapatan terjejas teruk setelah diberhentikan kerja akibat pendamik covid ini. Menerima 1 kit bantuan makanan.

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang mengucapkan terima kasih kepada Muslimat PAS Ampang yang telah menyumbang sebahagian barang makanan untuk program AD4C Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) kali ini. Bagi yang ingin menyumbang boleh dibuat ke akaun berikut :-

No Akaun : 860 443 7662
Nama : JAM AMPANG VENTURES
Bank : CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor