Home Artikel PAS Johor

Kalam Pimpinan :Puan Normala Sudirman, Ketua Penerangan DMPNJ

1088
SHARE

Kalam Pimpinan :Puan Normala Sudirman, Ketua Penerangan DMPNJ

Salam Ukhuwwah & Selamat Berkorban Untuk Islam..

Saya mewakili jawatankuasa LPHM DMPNJ dan AJK Pelaksana Program JDT 1.0, dengan penuh takzim dan rendah hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bonda Hjh Atiah dan semua saff kepimpinan DMPNJ yang sudi melapangkan masa untuk hadir dalam program TEGAS yang dihadiri oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia,Ketua Penerangan DMPM,Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dan semua wakil DMPK & muslimat negeri Johor .

Bagi yang tidak dapat hadir,saya sangat memahami bahawa masing -masing memiliki komitmen dan takhlifan yang digalas ..Semoga berkelapangan hadir pada masa akan datang .

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga didedikasikan kepada AJK Pelaksana Program TEGAS 1.0 ,yang telah bertungkus lumus berkorban masa dan tenaga serta wang ringgit demi menjayakan Program TEGAS 1.0 di Hotel Ramada Meridin,JB khususnya kepada Puan Hjh Sabariah Mohd.Amin ,Timbalan Ketua Lajnah Penerangan DMPNJ,Puan Khairun Nada selaku Setiausaha LPHM dan Dato’ Suhaili selaku Bendahari LPHM..

Segala jasa bakti yang dicurahkan ,hanya ALLAH SWT jua yang dapat membalasnya .

Didoakan semoga kita semua tergolong di kalangan insan yang berbahagia di dunia dan di Akhirat..

Mohon jutaan maaf dari saya selaku Ketua Penerangan DMPNJ merangkap Pengarah Program TEGAS 1.0, atas segala kelemahan diri ,kesilapan tutur kata,atau perlakuan yang mungkin mengguris perasaan sekiranya ada,tanpa disedari.

Mewakili Lajnah Penerangan DMPNJ juga, kami berazam membuat muhasabah dan memperbaiki segala kelemahan dari setiap aspek yang AJK Pelaksana Program TEGAS ,ada terlepas pandang sepanjang program ini berlangsung.

Sesungguhnya segala kesempurnaan hanyalah milik ALLAH SWT jua..

Didoakan semoga DMPNJ terus mara menjulang ‘izzah.
Ameen Ya Rabb.

TERUS BERSTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN!

الله أكبر ولله الحمد
Ingatan tulus :
Normala Sudirman
Ketua Penerangan DMPNJ
Sesi 2017/2019