Home Berita PAS Kedah

Kaki palsu uzur, Pak Hashim dapat kaki palsu baru

192
SHARE

Oleh TASNIM

KUPANG, 9 Jun – Selepas kaki palsu terdahulu tidak dapat digunakan, seorang warga emas yang cacat kaki kanan mampu tersenyum apabila menerima sumbangan membeli kaki palsu baru, semalam.

Kaki kanan Pak Hashim Yaakup dari Kampung Lubok Batu, Kuala Pegang terpaksa dipotong akibat kemalangan jalan raya lima tahun lalu.

Sumbangan membeli kaki palsu itu diserahkan oleh ADUN Kupang, Yb Brigadier Jeneral (B) Dato Hj Najmi Ahmad dan petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang di rumahnya.

Pak Hashim mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB kerana sudi memberi bantuan untuknya.

“Bolehlah saya bergerak tanpa rasa was-was kerana tapak kaki palsu yang lama sudah berlubang dan lincin,  ianya boleh mendatangkan kecelakaan pada diri saya,”katanya.

Turut hadir, Penolong Pegawai PKWR DUN Kupang, Ustaz Hassan Saad.