Home Berita PAS Perlis

15 minit sudah habis terjual!

361
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

PADANG BESAR, 2 Jan: Dalam masa 15 minit sahaja, barangan jualan telah habis terjual!

Demikianlah gambaran sambutan yang diberikan terhadap program Jualan Prihatin Keluarga Malaysia yang berlangsung di Tapak Nat Balai Baru, di sini pagi tadi.

Dianjurkan bersama Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar, program berkenaan ternyata mendapat sambutan yang cukup baik daripada penduduk setempat.

Menurut Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan DPPNPs, Abd Hadi Halipah, barangan yang dijual ialah minyak masak paket, gula dan tepung gandum.

“Jualan dibuat secara pek yang mengandungi dua paket minyak masak, dua paket gula dan sepaket tepung gandum.

“Sebanyak 100 pek berharga RM10 setiap satu, telah habis terjual dalam tempoh 15 minit saja,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya lagi, berdasarkan kepada sambutan yang diterima, pihaknya merancang untuk mengadakan lagi program jualan berkenaan.

“Agenda membantu rakyat sentiasa menjadi keutamaan DPPNPs dan Insya Allah, Program Jualan Prihatin Keluarga Malaysia ini diteruskan lagi di kawasan-kawasan yang lain selepas ini,” katanya.