Home Kenyataan Media PAS Terengganu

Bagaimana untuk terus memperkukuhkan MN dan mempertahankan PN

208
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi Pemuda PAS Terengganu telah selesai mengadakan perbincangan tentang halatuju kami sepanjang setahun yang akan datang. Program kali ini banyak membincangkan tentang beberapa fokus utama yang ingin dibawa Pemuda PAS Terengganu bagi sesi kali ini.

2. Antara fokus utama perbincangan kali ini adalah bagaimana untuk terus memperkukuhkan MN dan mempertahankan PN sebagaimana yang dihasratkan oleh Presiden PAS dan rakyat Malaysia. Ini menandakan komitmen Pemuda PAS Terengganu untuk memastikan perpaduan Ummah terus berlaku dengan penyertaan kesemua Parti Melayu Islam yang dominan dalam negara Malaysia.

3. Pemuda PAS Terengganu akan terus menyeru seluruh Parti Melayu Islam dalam negara untuk bersatu dengan ikhlas dan penuh integriti. Isu integriti dan kepentingan individual yang berlaku di kalangan pemimpin Negara menjadi halangan terbesar penyatuan ini dari berlaku dengan sebaiknya. Jesteru Pemuda PAS Terengganu terus mendesak pihak berkuasa dan pemimpin tertinggi dalam negara untuk terus bertegas dalam mengambil tindakkan.

4. Pemuda PAS Terengganu juga begitu komited dalam menghadapi #undi18 yang akan berlangsung pada 2022. Kami memberi komitmen akan menggembeleng tenaga untuk memberi kefahaman menerusi pendidikan politik sebenar mengikut cara islam kepada seluruh anak muda dalam mempersiapkan mereka menghadapi PRU15.

5. Dikesempatan ini juga Pemuda PAS Terengganu ingin menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan YAB Dato Seri Ismail Sabri dan barisan kabinet yang dibentuk beliau untuk terus menerajui kepimpinan negara demi kestabilan dan keamanan negara Malaysia.

Ustaz Mohd Harun Esa
Ketua Pemuda PAS Terengganu