Home Berita PAS Johor

Kacau bubur erat kesatuan – YDP Jempol

141
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

19 Julai, Jempol – Aktiviti mengacau bubur dapat mengeratkan kesatuan antara masyarakat.

Demikian dinyatakan oleh Yang di-Pertua PAS Kawasan Jempol, Ustaz Mohd Fairuz Isa sewaktu program mengacau Bubur Asyura dan dodol di Kampung Gajah Mati, di sini, hari ini.

Program yang diadakan di Masjid Kampung Gajah Mati ini mendapat sambutan yang hangat dari penduduk sekitar.

Menurut beliau lagi, walau berbeza fahaman, ketua kampung di sini dapat mewujudkan permuafakatan antara penduduknya.

“Mudah-mudahan masyarakat di sini bersatu walaupun pelbagai aliran politik “, ujar beliau.

Bubur Asyura dan dodol yang telah selesai diagihkan kepada masyarakat setempat.