Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

#Justice4Zainab | Ameerah Negeri Sembilan Seru Masyarakat Cakna Keselamatan Anak Kecil.

1236
SHARE

 

JUSTICE FOR ZAINAB.

Bermula tirai 2018, media dunia kini hangat dengan isu #Justice4Zainab (Keadilan buat Zainab).

1) Zainab Ansari, kanak-kanak perempuan warga Pakistan, yang berusia 7 tahun dalam perjalanan pulang mengaji dilaporkan hilang selama 4 hari dan ditemui mati di tempat pembuangan sampah dalam keadaan yang melampaui batas manusiawi.

2) Bedah siasat menunjukkan adik Zainab menjadi mangsa kerakusan nafsu dan kedangkalan akal manusia sebelum dicekik sehingga mati dan dicampak begitu sahaja.

3) Lebih malang lagi, kisah tragis Zainab tiada pembelaan dan keadilan pihak yang sewajarnya. Rententan itu, para demonstran di Pakistan mula bangkit dan protes di jalanan sehingga melibatkan 2 kematian dan beberapa orang tercedera.

4) Masyarakat dalam usaha menarik perhatian pihak berwajib dan masyarakat dunia mula menyebarkan kempen “Justice for Zainab, Safety for other Zainab”, laung mereka dalam demonstrasi di Kasur, Pakistan.

5) Ini bukan sekadar kisah kematian ‘seorang Zainab’ yang mereka perjuangkan, yang mereka bimbangkan bagaimana keselamatan dan nasib masa depan anak-anak perempuan di Pakistan, sebuah negara Islam jika berterusan segala salah laku terhadap wanita dan kanak-kanak didiamkan.

6) Ameerah Negeri Sembilan mengutuk kekejaman yang dilakukan pada adik Zainab dan mahukan keadilan buat Zainab ditegakkan. Ameerah Negeri Sembilan juga bersama-sama dengan kempen #Justice4Zainab.

7) Kejadian yang menimpa adik Zainab benar-benar menimbulkan refleksi kepada kita akan sejauh manakah pula keselamatan anak-anak perempuan di negara kita? Jika berterusan budaya pornografi dan segala sumber yang menjurus kepada jenayah rogol, cabul dan berbagai isu lain tidak ditangani habis habisan, maka sampai bilakah ketakutan dan kerisauan terhadap keselamatan akan membelenggu anak-anak kita?

8) Hakikatnya, berbaliklah pada cara hidup Islami, dalam segenap bidang kehidupan, bermuamalat, berpolitik, hiburan, ekonomi, pendidikan kerana segalanya telah digariskan di dalam Islam. Hanya tinggal kita utk ambil dan laksanakan. Selamatkan anak-anak kita, generasi pewaris agama dn negara yang kita cintai ini.

“Memimpin Bersama Islam”

Farah Hani Binti Muhammad Fauzi
Pengarah Ameerah Negeri Sembilan

#Justice4Zainab
#AmeerahMalaysia
#AmeerahNegeriSembilan