Home Kenyataan Media PAS Pahang

PAS Pahang | Ucapan Penghargaan Himpunan 12K Jentera Pilihanraya

2273
SHARE

Pertama-tama saya panjatkan kesyukuran ke hadhrat Ilahi kerana dengan dikurniakan kepada kita nikmat yang tiada tolok bandingnya iaitu Iman dan Islam. Juga dipanjantkan kesyukuran kerana kita smeua telah dipilih oleh Allah swt untuk sama-sama berada didalam perjuangan Islam, menjadi mata rantai kesinambungan perjuangan Rasulullah saw dan pejuang Islam yang terdahulu.

Himpunan 12 k jentara pilihanraya PAS Pahang, Fastaqim 2.3 dengan tema ‘PAS TERAJU PAHANG’ telah berlansung dengan jayanya semalam, 20 Januari 2018. Dengan kehadiran yang melebihan sasaran dan jangkaan menunjukkan kepada kita bahawa:

1. Jentera pilihanraya PAS Pahang teah bersiap sedia untuk bertugas menghadapi PRU 14.

2. PAS Pahang tekad untuk berhadapan dengan saingan mana-mana parti politik terutama UMNO/BN bagi mencapai hasrat dan cita-cita untuk menegakkan Islam melalui pintu kemenangan dalam pilihanraya.

3. Kesungguhan ahli PAS sama ada pimpinan mahupun diperingkat akar umbi untuk mengembelingkan tenaga dan berkorban demi perjuangan PAS.

4. Sokongan terhadap perjuangan PAS bukan sahaja dari ahlinya malahan ramai yang bukan ahli turut hadir untuk bersama dalam Fastaqim 2.3 dan telah mendaftar sebagai ahli semalam.

5. Sokongan dan dokongan dari kalangan anak muda yang begitu ramai kehadirannya, ini telah menjelaskan bahawa perjuangan PAS Pahang turut digalas oleh golongan yang pastinya kuat dan mampu untuk memikul cabaran dan mehnah perjuangan.

6. Kehadiran masyarakat bukan Islam pastinya bukan sahaja mencuri perhatian malahan memberikan gambaran bahawa “semua bangsa dan agama juga memahami dan menyokong perjuangan PAS”.

7. Senario Fastaqim 2.3 PAS Pahang yang berlansung pada 20 januari 2018 semalam adalah secara jelas memberikan makna bahawa PAS Pahang bersedia untuk memerintah jika sekiranya diberikan mandat oleh rakyat, InsyaAllah.

Saya merakamkan jutaan terimakasih kepada Tuan Guru Mursyidul Am, Tuan Guru Presiden PAS, Tim Presiden PAS dan semua pimpinan yang hadir termasuk dari parti BERJASA, NGO2 yang tampil ke pentas memberikan ucapan.

Ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua panitia Fastaqim 2.3 dan petugas keseluruhannya yang telah bertungkus lumus bekerja bagi menjayakan program Himpunan 12K jentera pilihanraya PAS Pahang.

InsyaAllah kini kita telah kembali ke kawasan-kawasan masing-masing setelah mendapat suntikan perjuangan di himpunan FASTAQIM 2.3, bersamalah kita imarahkan gerak kerja pilihanraya bagi mencapai hasrat dan cita-cita perjuangan kita.

PAS TERAJU PAHANG.

YB USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
PESURUHJAYA PAS PAHANG