Home Berita PAS Johor

JULANG 2.0 : Satukan Muslimat Pas Johor

1029
SHARE

MUAR – Buat kali kedua, Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan DMP Kawasan Muar telah berjaya melaksanakan Program Julang 2.0 pada 7 November 2017 yang lalu.

Program ini bertujuan agar pihak AJK DMPM turun ke cawangan-cawangan menemui ahli-ahli muslimat Pas di Dun Maharani & Dun Sungai Balang – Parlimen Muar.

Program kali kedua ini diadakan di Kg Parit Raja, rumah ketua muslimat cawangan berkenaan Puan Roslatifah Rahmat.

Dimulai dengan solat maghrib berjemaah, diikuti bacaan Yassin, zikir munajat dan tazkirah yang disampaikan oleh Ketua Lajnah Tarbiyah DMP Kawasan Muar, Ustazah Nur Suriati Zakaria.

Sementara itu, penglibatan para muslimat amat menggalakkan terutama dari cawangan Parit Raja sendiri. Pihak DMP Kawasan Muar amat berharap melalui program ini, hubungan silaturrahim sesama ahli dan penyokong Pas dapat lebih dipereratkan lagi.