Home Berita PAS Perlis

Juara keseluruhan milik PASTI Padang Besar

223
SHARE

Oleh NUR ‘IFFAH

KANGAR, 8 Ogos: PASTI Kawasan Padang Besar muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Negeri Perlis 2022 yang berlangsung baru-baru ini.

Kejohanan yang diadakan di D’Futsal Centre Batu 2, di sini disertai sebanyak 24 buah pasukan yang bertanding dalam dua acara iaitu bola sepak dan bola jaring.

Perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil.

Turut mencuri tumpuan adalah kehadiran alumni PASTI, Uzzair Zayyan Naimulddin, yang kini mengikuti latihan bersama Akademi Bola Sepak Cruzeiro dari Brazil di British International School Phuket (BISP) pada kejohanan kali ini.

Sementara itu, Abdul Hadi Abdul Rhohim (PASTI Kawasan Kangar) dan Adra Faqihah Mohd Nor Fakhzan (PASTI Kawasan Padang Besar) telah dipilih selaku pemain terbaik bagi acara bola sepak dan bola jaring.