Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Jual Tanah Peel Kepada Singapura; Nepotisme & Kronisme?

710
SHARE

1. DAP hakikatnya sama sahaja dengan BN apabila menjadikan kedudukan selaku Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai peluang untuk mengaut kekayaan dan kepentingan peribadi termasuk menggadai hak rakyat. Terbaru penjualan tanah di Lebuh Raya Peel bagi tujuan pembinaan hospital swasta, hotel dan bangunan komersil.

2. Tanah negeri ini sewenang-wenangnya dijual atau dipajak bagi tujuan pembangunan mega dan mewah yang langsung tidak membawa manfaat kepada penduduk Pulau Pinang. Kami melihat keghairahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bukanlah untuk kepentingan penduduk, tetapi lebih mirip seperti tabiat BN.

3. Sudah menjadi rahsia yang diketahui umum, pemimpin BN disebalik setiap usaha dilaksanakannya penuh muslihat untuk mengaut laba ke kantung poket sendiri dan menjadikan pemilikan berlegar sesama mereka. Amalan nepotisme dan kronisme BN itu kini dilihat turut menjadi tabiat serupa oleh pemimpin DAP.

4. Sama sahaja hipokrasi DAP dengan BN di mana kebanyakan projek mega seperti itu diberi secara rundingan terus. Sedangkan selama ini DAP menguar-uarkan tender terbuka sebagai satu ketelusan dalam pelaksanaan projek dari kerajaan. Apakah ada komisyen kepada pihak berkepentingan dalam DAP?

5. Lebih dibimbangi apabila transaksi dan kerjasama berkaitan melibatkan syarikat negara asing yang merisiko terhadap pemilikan dan kedaulatan. Sebab itu keraguan yang muncul tidak perlu dipertikai DAP kerana ia berpunca dari ‘cakap tak serupa bikin’ oleh pentadbiran itu sendiri.

6. Kami difahamkan tanah di Lebuh Raya Feel itu dijual kepada syarikat dari Singapura. Adakah keistimewaan tidak melalui tender terbuka kerana adanya hubungan istimewa DAP dengan pemerintah Singapura yang diterajui PAP? Guan Eng jangan memperbodohkan rakyat dengan penafian yang direka-reka.

7. Ia jelas semata-mata bermotif komersil dan duit kerana majoriti rakyat negeri ini tidak punyai kemampuan. Usah kata mendapatkan rawatan perubatan yang semua maklum entiti Singapura paling tinggi mengenakan fee perubatan, hatta pada aspek tawaran kerja di premis berkenaan nanti.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”

AHMAD SAFUAN UJAR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

{jathumbnail off}