Home Artikel PAS Sarawak

Jangan Eksploitasi Ramadan Untuk Duit

118 views
SHARE

Tidak dapat dinafikan Ramadan yang dinikmati oleh umat Islam pada hari ini juga dikenali dengan bulan yang penuh dengan keberkatan samada berkat mengerjakan ibadah mahupun mencari rezeki.

Bagaimanapun, ramai umat Islam merebut keberkatan itu hanya untuk menambah rezeki misalnya membuat perniagaan biarpun selama ini tidak pernah menceburi bidang itu.

Allah SWT menyuruh umatNya mengambil keberkatan Ramadan untuk menambah pahala khususnya dalam mengerjakan ibadat.

Malah, berniaga juga merupakan ibadah, bagaimanapun dalam mengerjakan kedua-dua ibadah itu biarlah ianya seimbang, jangan hanya semata-mata membolot keuntungan segera sahaja.

Kita boleh imbangkan mencari rezeki dan beribadah di bulan yang berkat ini tetapi jangan sampai lalai dan lupa hubungan kita dengan Allah SWT. Kalau kita hendak kejar rezeki, di bulan-bulan lain pun ada lagi.

Marilah kita sama-sama berlumba-lumba menambah ibadat kita kerana pada bulan Ramadan Allah SWT berjanji menggandakan pahala setiap ibadat yang dikerjakan.

Jika satu fardu yang dikerjakan dalam bulan Ramadan digandakan sampai 70 pahala, manakala jika ibadat sunat yang dilakukan ianya menyamai dengan satu fardu.

Rugilah jika kita keberatan dan tidak mahu mengejar keistimewaan Ramadan ini semata-mata mahu mengejar kemewahan dan keuntungan dunia.

Dalam konteks mencari rezeki dalam bulan Ramadan ini, umat Islam hendaklah lebihkan hubungan mereka dengan Allah SWT bukannya merenggangkan hubungan itu kerana leka mencari rezeki.

Justeru, Ramadan adalah bulan yang luas dengan rezeki, misalnya rezeki bagi mereka yang menghulurkan sedekah kepada mereka yang kurang berada. Inilah satu rahmat yang diberikan Allah SWT, golongan berada akan ringankan tangan menghulur derma, bahkan perkara ini secara tidak langsung akan dilalui oleh manusia.

oleh,
Cikgu Shokri Hj.Fauzi.
1 Jun 2017

 

{jathumbnail off}