Home Berita PAS Perlis

Pemuda Arau ziarah pengantin baharu

64
SHARE

Oleh NUR ‘IFFAH

ARAU, 18 Sept: Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau (DPPKA) baru-baru ini mengadakan ziarah mahabbah ke atas salah seorang anggotanya yang baru sahaja mendirikan rumahtangga.

Hafiz Roseli yang juga Ketua Pemuda DUN Sanglang bersama pasangannnya Nurliyana Rosli telah diraikan dalam satu majlis ringkas bertempat di kediamannya di Kampung Padang Keria, Sanglang, dekat sini.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Arau, Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim.

Menurut Mohd. Ridzuan yang juga ADUN Guar Sanji, ziarah berkenaan bertujuan meraikan kedua pasangan pengantin terbabit.

“Semoga perkahwinan ini akan menyuntik semangat beliau (Hafiz) untuk meneruskan gerak kerjanya bersama-sama dengan PAS.

“Selain itu, DPPKA juga turut menyampaikan sedikit cenderahati kepada mereka serta mendoakan agar Baitul Muslim yang dibina ini akan dilimpahi rahmat serta dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan,” katanya ketika dihubungi semalam.