Home Berita PAS Melaka

JPrD PAS Durian Tunggal gotong-royong baiki rumah OKU-anak yatim

935
SHARE

Oleh: Ahmad Kautsar

ALOR GAJAH, 19 Julai: Jabatan Pilihanraya Dun (JPrD) PAS Durian Tunggal telah mengadakan program gotong-royong bagi membaiki dan menbersih rumah dua orang beradik orang kurang upaya (OKU) berstatus anak yatim piatu di Kampung Pulau, Durian Tunggal di sini, semalam.

o

Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin berkata suasana program berjalan dengan semangat ukhuwah yang tinggi ini telah merapatkan hubungan silaturahim di kalangan ahli PAS dan masyarakat setempat.

“Program ini juga merupakan salah satu aktiviti jentera JPrD Durian Tunggal yang konsisten dalam mendekati pengundi dan masyarakat.” ujar beliau.

Sementara itu Pengarah JPrD Durian Tunggal, Azman Ahmat berkata antara aktiviti yang dilakukan dalam program ini ialah mengecat dinding luar rumah, membaiki bumbung yang bocor, mengemas ruang dalaman rumah dan memotong rumput.

“Kita juga ada menyerahkan keperluan rumah seperti tilam, barangan runcit dan juga wang tunai. Kita harap ia akan dapat meringankan beban mereka.” ujar beliau.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada aktivis PAS yang terlibat terutama dari DPPKAG, DMPKAG dan para penderma yang membantu menjayakan program ini.

“Semoga kerja ini mendapat ganjaran oleh Allah SWT.” ujar Azman lagi mengakhiri temubual dengan wartawan kami seusai program.

Program yang disertai 30 orang aktivis muslimin dan 15 aktivis muslimat dari PAS Kawasan Alor Gajah dan JPrD Durian Tunggal ini turut disertai oleh Setiausaha JPrD Durian Tunggal, Jaafar Othman, Ketua Pemuda PAS Alor Gajah, Mohd Khanapiah Nor dan Ketua Muslimat PAS, Rosela Alwi.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)