Home Berita PAS Kedah

Jom hadir ke Majlis Pengistiharan Calon Perikatan Nasional Pilihanraya Umum Negeri Kedah

1181
SHARE

ALOR SETAR, 24 APRIL– Semua dijemput hadir ke Majlis Pengistiharan Calon Perikatan Nasional Pilihanraya Umum Negeri Kedah Rabu ini.

Berikutan pengistiharan calon secara rasmi pada 29 Julai 2023, Perikatan Nasional Kedah membuat keputusan untuk membuat pengumuman awal. Majlis akan berlangsung pada 26 Julai, Rabu ini di  Kompleks PAS Kedah. Para hadirin boleh tekan link berikut untuk ke destinasi https://maps.app.goo.gl/rcGHrmwDDtjy6dqv5 .

Inilah masanya, kita sahihkan siapa calon yang akan mewakili Perikatan Nasional untuk bertanding di Kedah walaupun sudah ada beberapa nama calon yang tersebar!

Majlis dijangka akan bermula seawal jam 7.37 malam. Majlis akan  bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah diikuti dengan solat hajat, munajat dan solat Isyak.

Kemudian, majlis pengistiharan calon DUN PN bagi PRN-15 akan bermula kira-kira dalam jam 9.15 malam. Oleh itu, sekali lagi kami menyeru kepada semua rakyat Kedah untuk bersama-sama kami dalam majlis pengistiharan calon ini.

Inilah masanya! Jom hadir beramai-ramai! Pakat-pakat ajak mak, ayah, adik-beradik dan semua kawan-kawan untuk memeriahkan majlis.

Ambillah peluang ini untuk kita kenali biodata calon secara ringkas dan mendengar sendiri ucapan daripada Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor. Inilah peluangnya!