Home Berita PAS Johor

Jiwai PRN kerana ia nadi Kerajaan Persekutuan – TKP Johor

173
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

12 Julai, Kulai – Gempur seluruh sahabat menjiwai Pilihanraya Negeri ini, kerana ia juga nadi Kerajaan Persekutuan.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Ustaz Azlan Alias sewaktu Pelancaran Jentera Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Negeri Johor di Dewan SRITI Al-Hikmah, di sini, hari ini.

Tambah beliau, kemenangan di Pilihanraya enam negeri bakal menggugat Kerajaan Persekutuan dan akan peroleh kemanisan

“Apabila sampainya paluan gendang perang berbunyi, disaat itu kita dah tinggalkan baju petani kita, dah buang baju jual durian.

“Sebaliknya kita menyarung baju perisai perang dan kita telah menjadi tentera”, katanya

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Pasir Gudang menyatakan supaya mengambil pengajaran daripada kisah perang Zatul Salasil.

“Walaupun kita tidak terlibat dengan Pilihanraya Negeri di Johor, tetapi jiwa kita terlibat dengan Pilihanraya Negeri Sembilan.

Jiwa menjadi tentera bantuan bukan hanya tentera simpanan. Apa keadaan sekalipun kena menjiwai Pilihanraya Negeri kali ini”, ujar beliau.

Beliau berharap sewaktu keputusan Pilihanraya Negeri diumumkan akan mendengar keputusan yang terbaik.

Turut hadir Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Ahmad Nawfal Dato’ Mahfodz, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, seluruh Ketua Pemuda PAS kawasan, Pengarah Jentera Pilihanraya Pemuda Kawasan serta Komandan Jabatan Amal Kawasan-kawasan.