Home Artikel PAS Kedah

Jentera pemuda PAS diminta siap siaga

250
SHARE

SARANAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
13 September 2020

  1. Melihat pada cuaca yang tidak menentu minggu ini, sudah berlaku dan kemungkinan akan berlaku di seluruh Kawasan Negeri Kedah banjir atau bencana ribut.
  2. Justeru itu, saya memohon kepada semua Jentera Pemuda Kedah bersiap-siaga untuk turun memberi bantuan sekiranya diperlukan.
  3. Jentera Pemuda diibaratkan talian 999, apabila dihubungi kita semua bersemangat dan sukarela untuk memberi bantuan kecemasan.
  4. Oleh Itu, kepada seluruh Pemuda PAS Kedah dan anggota Jabatan Amal Kedah, diminta untuk memantau keadaan cuaca dan kenaikan paras air di kawasan rendah dan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan di kawasan masing-masing.
  5. Pastikan kita dapat memberikan bantuan yang terbaik dalam misi bantuan dengan gerak kerja di samping jangan kita lupa untuk berdoa kepada Allah taala semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.

” Memimpin Negara “

YANG BENAR.

USTAZ NURUL AMIN HAMID
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah