Home Berita PAS Selangor

Jentera PAS dari Selangor dekati penduduk di Kelebang – PAS Kawasan Klang

31
SHARE

Jentera PAS Hulu Langat, Klang, Tanjong Karang dan Sepang Dekati Penduduk Di Kelebang – Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

KELEBANG, 19 November – Gerak kerja jentera pilihan raya bagi membantu Haji Bakri Jamaluddin calon dari PAS yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihanraya Negeri Melaka di DUN Kelebang (N14) diteruskan pada pagi ini.

Bermula dari 18 – 20 November, 4 Kawasan PAS Selangor yang dikerahkan untuk membantu kempen di Melaka ini ialah PAS Hulu Langat, PAS Klang, PAS Tanjung Karang dan PAS Sepang dengan tugasan dibahagi-bahagikan mengikut lokaliti yang telah disediakan oleh PAS Selangor membantu gerak kerja di DUN Kelebang (N14).

Gerak kerja jentera pilihanraya PAS Hulu Langat di sekitar Bukit Rambai, dan PAS Tanjung Karang di Batang Tiga Kelebang manakala PAS Klang pula melancarkan gerak kerja di sekitar Kelebang Besar.

Para petugas jentera pilihanraya berehat seketika sebelum masuknya waktu zuhur dan mendirikan solat jumaat di masjid-masjid dalam DUN Kelebang (N14). Selepas solat jumaat, para petugas jentera pilihanraya menyambung tugasan dengan menyampaikan maklumat dan risalah berkenaan dengan calon dari PAS yang mewakili Perikatan Nasional dalam Pilihanraya Negeri Melaka yang akan berlangsung pada esok, 20 November 2021.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor