Home Rencana PAS Selangor

Rakyat Melaka sudah memilih: jangan berhenti teruskan berjuang – KPen PAS Kawasan Hulu Langat

97
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Ketua Penerangan PAS Kawasan Hulu Langat

Rakyat Melaka Sudah Memilih, kini yang kita perlu buat adalah terus bekerja untuk Islam, negara dan ummah.

Tahniah buat BN atas kemenangan mereka di Pilihanraya Negeri Melaka, Tahniah juga buat PN atas peningkatan jumlah undi terutama kerusi-kerusi PAS bertanding. Melaka hanya kembali kepada BN dan PAS tidak pernah rugi dalam setiap keputusan yang dibuat Presiden dan pimpinannya samada menyertai Pilihanraya bersama MN ataupun PN.

Keputusan jelas tidak memihak kepada PH itu adalah signal yang sangat kuat penolakan rakyat buat mereka. Manakala PN akan terus kekal ikatannya dan agenda Muafakat akan terus di perkasakan, atas kepentingan Ummah dan memastikan PH tidak kembali menguasai negara.

Terima kasih dan tahniah buat semua petugas PAS terutama dari dari PAS Kawasan Hulu Langat di PRN Melaka yang hadir buat pertama kali kita bertanding di Pilihanraya memakai baju biru gelap berlogo Perikatan Nasional melalui SOP PKP yang ketat sudah pasti menjadi pengalaman yang hebat dan semangat baharu buat semua di lapangan kawasan masing-masing.

Jadikan PRN ini sebagai medan latihan dan ujian pengalaman buat kita semua, yang paling penting adalah melaksanakan post mortem atau muhasabah di semua peringkat agar kita dapat lebih bersedia berhadapan PRU15 nanti.

Semoga kerja buat seluruh jentera PAS beroleh ganjaran pahala di sisi Allah dan seterusnya kita mampu memberi perubahan besar dalam mengubah laskap politik negara pada PRU akan datang yang lebih baik dan Berintegriti, Bersih dan Prihatin.

Allahuakbar!!

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor