Home Kenyataan Media PAS Selangor

Banteras judi & arak : pemimpin Islam diajak bersatu – YDP PAS Kawasan Selayang

37
SHARE

May be an image of 1 person and text

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Selayang

Oleh : Zaidy Abdul Talib
YDP PAS Kawasan Selayang

KENYATAAN MEDIA
PAS KAWASAN SELAYANG

BANTERAS JUDI & ARAK : PEMIMPIN ISLAM DIAJAK BERSATU

1. Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 219 : “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.”

2. Industri judi dan arak tidak banyak memberikan keuntungan bahkan jelas ianya memberikan bahana besar kepada individu, institusi kekeluargaan bahkan dalam kalangan masyarakat secara umumnya.

3. PAS Kawasan Selayang mengucapkan jutaan tahniah kepada pihak kerajaan Negeri Kedah yang menghentikan serta merta pengeluaran lesen premis perjudian serta mengehadkan aktiviti penjualan arak di seluruh Negeri Kedah.

4. Perkara ini membuktikan keseriusan PAS di dalam membanteras industri dosa yang memudaratkan masyarakat selari dengan perlaksanaan perkara ini di Negeri Terengganu dan Kelantan yang ditadbir oleh PAS.

5. Atas dasar kesatuan Aqidah yang merentasi sempadan politik ; PAS Kawasan Selayang menyeru pemimpin Islam sama ada ahli politik, PBT, dan ahli majlis untuk mempunyai autoriti di setiap Negeri agar mengambil langkah yang bijaksana di dalam menguatkuasakan peraturan berkaitan penjualan arak dan pengeluaran lesen premis judi ini.

6. PAS Kawasan Selayang juga ingin menyatakan kesediaan memberikan kerjasama dengan pihak Majlis Perbandaran Selayang dan mengajak barisan NGO/I untuk bersama-sama merangka cadangan yang efektif untuk dilaksanakan demi kemaslahatan ummah khusus di sekitar Parlimen Selayang.

7. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

8. Semoga dengan menyahut seruan Allah SWT ini, masyarakat Malaysia secara keseluruhannya dapat hidup dalam keadaan aman, damai dan sejahtera di bawah lembayung rahmat dan keberkatan Allah SWT.

“Islam Menyatukan Ummah”

20 November 2021 | 15 Rabiul Akhir 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor