Home Artikel PAS Wilayah

Jentera PAS Bukit Bintang Terus Istiqomah

277
SHARE

Jentera PAS Bukit Bintang Terus Istiqomah

Oleh: Wan Nur Ihsaan

BUKIT BINTANG – Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bukit Bintang kali ke- 35 berjaya disempurnakan pada 9 Ogos di Dewan Orang Ramai Taman Melewar di sini.

Mesyuarat bertujuan untuk ahli-ahli bermuhasabah seputar gerak kerja sepanjang 2019 di samping membincangkan penambahbaikan untuk gerak kerja seterusnya.

Antara pimpinan yang hadir ialah Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Mohamad Rashidi Bin Abd Razak dan AJK Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Hishamuddin Bin Ghazaly.

Fokus mesyuarat tersebut terarah kepada pembentangan dan perbahasan laporan tahunan 2019 selain acara penyampaian Anugerah Istiqomah Assabiqun sebagai penyeri majlis.

Penerima-penerima anugerah ialah Hamidah Abdul Mutalib 72 , Zolpa Othman 71, Raihanah Zakaria 62 dan Naznah Dato’ Md Thaha 65 yang sebahagiannya adalah balu dan anak pimpinan PAS terdahulu.

‘PAS Bukit Bintang adalah kawasan yang akan membantu kawasan tertentu dalam pilihanraya umum yang akan datang. Mulai detik ini, jentera PAS Kawasan Bukit Bintang mestilah bersedia dan bertambah bagi mencapai misi gerak kerja PRU 15 nanti. Bukit Bintang mesti membuktikan kita mampu menjadi kawasan bantu yang memberikan komitmen terbaik demi mencapai kemenangan’, ujar Tuan Mohamad Rashidi ketika merasmikan mesyuarat berkenaan.

Beliau juga menzahirkan rasa kagum dan terharu dengan sikap taat dan wala’ dengan arahan untuk menjadi Majlis Perwakilan Penduduk di sub zon Parlimen Bukit Bintang dan menyeru semua ahli PAS kawasan untuk memandang ruang ini sebagai peluang amar makruf nahi munkar di lapangan masyarakat dengan lebih aktif.