Home Artikel PAS Sabah

PAS Sandakan teruskan agenda kebajikan, bantu golongan memerlukan

282
SHARE

Oleh : Laila Ismail
11 Ogos 2020

SANDAKAN : PAS Sandakan akan meneruskan agenda kebajikan dengan membantu golongan yang memerlukan dan terjejas dalam parlimen ini.

Ia disuarakan oleh Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid semasa menyerahkan sumbangan kepada 3 buah keluarga mangsa kebakaran di Batu 5, dekat sini semalam.

Katanya, ‘track record’ PAS Sandakan amat baik susulan bantuan kebajikan yang digerakkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan lalu disamping sepanjang Ramadan, Aidilfitri dan terkini Hari Raya Korban yang baru berakhir.

“Pihak kami sentiasa terima permohonan bantuan daripada orang ramai, cuma kekangan kami ialah kekurangan dana,” ujar Sahar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah.

“Salurkan derma ke akaun Bank Islam Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan, bernombor 10043010001846 jika ada yang mahu menyumbang,” jelas beliau ketika ditanya akaun bank yang digunakan untuk mengumpul sumbangan.

Selain itu, PAS Sandakan pada petangnya turut menyerahkan sumbangan lampin dan susu kepada seorang warga emas disamping menyumbangkan bantuan barangan dapur kepada sebuah keluarga yang terjejas di Batu 4.