Home Artikel PAS Wilayah

Gimik Tabung Buluh Meriahkan MAT PAS Wangsa Maju

238
SHARE

Oleh: Muhammad Hakim Al-Hashimi

WANGSA MAJU – Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Wangsa Maju selesai dijalankan pada 9 Ogos di Dewan Masyarakat Medan Idaman di sini.

Ianya diadakan selari dengan peraturan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di samping bertujuan membentangkan laporan gerak kerja sepanjang tahun 2019 dan membincangkan penambahbaikan untuk gerak kerja akan datang.

Antara pimpinan yang hadir ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Kamaruzzaman Mohamed dan Ketua Lajnah Pekerja dan Kepenggunaan Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Nazzuan Rohaidin.

Aturan mesyuarat berfokus kepada laporan Setiausaha PAS Kawasan yang banyak dibahaskan oleh para perwakilan selain gimik tabung buluh bagi pelancaran Jentera dan Dana Pilihanraya PAS Kawasan Wangsa Maju yang turut menjadi tumpuan.

“Muafakat Nasional menjadi wadah PAS dan Umno menilai peranan dan tanggungjawab dalam usaha memperkukuh dan memantapkan penyatuan kedua-dua parti agar5 bergerak sebagai satu pasukan dan saling menguatkan.

“Walaupun musuh politik kita sentiasa mencari jalan untuk memecahbelahkan, mencengkam serta mengatur agenda licik supaya kita terus bersengketa, namun kerja dan perancangan Allah lagi Maha Bijaksana”, tegas Ketua Penerangan PAS Pusat ketika merasmikan mesyuarat berkenaan.